
yEAH...ahHA..aku hari ni mula lapor diri dan bekerja dengan pustaka union...cewah2... dan ditugaskan untuk ke Sekolah Kebangsaan Taman Uda. Fuh...Nak kata stai tu tak la sangat coz aku segan laa keja kat situ sebabnya kat tempat tuh aku sorang ja lelaki taw..ahha malu la sgt... yang lain semua 4 girl aku je yang boys...
Pada awal paginya aku segan la nak pi coz aku taw kata kat situ semuanya girl. Aku memberanikan diri untuk memasuki sekolah tersebut. Selepas aku masuk dalam sekolah dan lebih kurang 5 minit selepas itu, kak ros baru lah datang. Kemudian aku masuk lah dalam kedai tersebut, pada mulanya aku agak kekok tapi tak apa laa... Aku pon mula lah keja dengan memasang payung di luar kedai tersebut. Selepas tuh ada la orang yang pertama datang. Aku buat bodoh jee...haha. Selepas itu aku disuruh mencari buku-buku mengikut senarai tersebut. Kemudian aku memanggil orang tersebut dengan nomber yang diberi, aku pun buatla check kat senarai tersebut supaya tidak ada miss satu buku pun. Selepas itu aku menggunakan mesin resit...cish aku mana taw nak guna.Tapi nasib baik la ada kak casher tuh tolong ajar kan kalau tak..huh..MAMPUS lah aku. Selepas selesai aku ulangi kerja yang sama mencari dan check senarai buku. huh....PENAT TAW TAK!!!.. Dalam kedai tersebut, aku panggil dia kak casher coz dia jadi casher,dia lah yang banyak bantu aku dalam menguruskan buku-buku dan cara-cara buat resit."THANK YA KAK". Aku panggil dia kak sebab dia form 6 dan dia masih belajar di Sekolah Menengah Tunku Anum. Kemudian sorang lagi dia tuh dia keja sebagai tulis number, dia tuh baru tingkatan 4 ja dan dia Sekolah Sultanah Bahiyah. Stai juga la sebab dia banyak senyum aku pun tak la tension sangat.haha. Dua orang lagi tuh aku tak beberapa kenal sangat lah cuma, depa tuh rajin baca buku...FUH GILA ...semua tebal-tebal punya, sorang tuh dia baca buku Harry Potter dan seorang lagi dia baca buku apa tah.Tebal juga buku dia.
Baru satu hari aku bekerja bermacam-macam ragam dan telatah diaorang haha..GELI HATI...
Setelah hampir pukul 1pm, kami semua pun pergi lah berehat dan aku terus ke SK Convent dan menemui kawan ku ZAHIEN, aku jeles juga la tengok depa coz mesra sangat. Aku kat sana dok tension..huhu..CIAN...aku terus ke warung "PAGODA". haha..aku dan zahin saja yang tau napa di panggil PAGODA..aku pon makan la kat situ. Selepas makan aku terus ke SK convent untuk menghantar Zahien danaku terus ke SK Taman Uda.Tepat pukul 2 pm aku pun teruskan keja sampai pukul 4 pm kami pon tutup kedai dan buat pengiraan stock dan barang-barang. Setelah selesai Kak Ros pun sampai untuk mengutip duit hasil jualan. Setelah selesai urusan aku pun dibenarkan pulang kerumah. Tapi aku terus ke gaint dengan kawan aku. Saja la nak ronda-ronda. Lepas tuh aku pun terus pulang kerumah. Dan bersedia untuk hari esoknya.
For your information aku start keja tepat2 sebelum hari lahir ku...haha...ong punyala....17/12/08