25 April 2009

Luahkan sahaja

Wow new record 4 hour talking phone with nonsense thing. haha..Wif who??
hAHHAAAaaa...Shuiitt...ish3 awat aku into ngan BI tah..haahhaa..
tp kan hari demi hari aku bertambah ceria kembali setelah apa yang terjadi pada member2 aku sebelum ini. Fuh!! lega.. bagi aku detik2 manis n pahit memang tidak dapat kita lupakan smpai bila2!! memang menarik apabila berkawan,tp kita sebagai kawan haruslah kita bertolak ansur dan saling hormat-menghormati. Janganlah kita pendam perasaan, kita haruslah luah segalanya. waalaupun luahan itu amat perit,kita sebagai hamba allah kita harus terima seadanya. Pada aku, aku tahu aku ada buat masalah kepada dia, so dia dah memberi luahhan serta teguran tersebut kepada aku. Memang ianya salah aku dan aku amat berterima kasih atas luahannya. aku sedar dan terima semua kesalahan aku, pada msa akan datang aku akan membaiki kesalahan itu secara sedar atau tidak. Alhamadulillah, aku merasakan lega yang teramat sangat kerana hati ini bagaikan bercahaya semula selepas kejadian demi kejadian yang berlaku pada diriku. Apa yang penting bagi aku,aku mahukan semua orang menyanyangi diri aku, bukan untuk dicintai tapi menyayangi sebagai sahabat.Yaaaaaa.... Aku tahu aku memang tidak layak untuk dicintai oleh sesiapapun. Bagi aku sahabat adalah penting, apabila kita menghadapi masalah, masalah itu dikongsi bersama dan secara tidak langsung masalah itu akan hilang seterusnya kita akan menjadi tenang.

P/s :kita doakan Efiza agar dapat menghadapi test MUET dengan mudah. For your information aku tidak dapat Maktab Perguruan(because i hate it!!)..huhu nak bt cmna dah xda rezeki,aku redha. Dan kemungkinan aku akan masuk tingkatan 6.