""No one can give us something that we really like unless ourselves go for it, This is gift".
Maksudnya disini, Tiada siapa boleh berikan apa yang kita mahu melainkan diri sendiri. Kita boleh tentukan apa yang kita inginkan.
Setiap manusia mempunyai akal fikiran yang berbeza dan berlainan pendapat. Bagi saya apa yang saya lakukan untuk kebaikan diri saya sendiri, insyaallah saya akan buat. Sebagai contoh jika kita berbisnes, Hasil keuntungan bulanan/tahunan baik untuk disimpan. Dan ada baiknya juga jika kita guna sedikit daripada simpanan melayan untuk kehendak diri, bukan ertinya boros tetapi ianya seperti "self-motivate". Sekurang-kurangnya penat lelah kita selama ini ada hasilnya. Guna dengan cara berhemah, Seboleh-bolehnya 20% daripada jumlah simpanan cukup memadai untuk melayan kehendak diri. Keperluan dan kehendak haruslah selari jangan kehendak melebihi keperluan, Bahaya tu.
Dalam isu perkongsian/isu berjimat. Berjimat itu penting jangan sampai di label kedekut. Kadang-kadang kita salah anggap bahawa seseorang itu seperti kedekut dalam segala urusannya walhal dia hanya berjimat dalam perbelanjaannya. Keluarga saya sangat mengutamakan berjimat dalam setiap urusan, supaya kita dapat mememiliki sesuatu "Value for money". Sebagai contoh, Rakan-rakan saya memilih untuk habiskan duit untuk merokok dalam RM 10 sehari dan purata tahunan melebihi RM 3 Ribu. Saya menukarkan rokok itu dengan barangan atau kehendak saya dan kehendak saya lebih pada gajet. Jadi setiap tahun saya akan memberi gajet-gajet tersebut untuk memuaskan kehendak saya seperti Laptop, Telefon Bimbit, Jam Tangan dan sebagainya.
Dalam isu kekayaan, saya bukanya datang dari orang yang berada. Cuma saya menukarkan istilah miskin itu tiada dalam diri saya, sebab saya berasal dari perkampungan. Hasil keuntungan atau duit poket kebanyakannya saya cipta atau reka sendiri, Asalkan ada usaha yang berterusan dan ingin berubah kearah yang lebih baik. Jika niat kita baik insyallah segalanya akan dipermudahkan oleh Allah.
"Allah akan beri lebih jika kita berusaha lebih, itu janji Allah".
P/S : Ini berkaitan dengan diri saya berdasarkan pengalaman yang saya lalui. Insyallah akan diperbetulkan jika ada kelemahan atau kekurangan diri.
