18 December 2016
Go and find them.
Hai blog, Lama dah tak update. Nak sambung cerita yang terbaru. Lani setiap hari berkerja tak kira siang dan malam. Sampai hari apa pun tak tahun dah. Yang ingat kalau hari jumaat, tu pun sebab sembahyang jumaat. Kalau tak, setiap hari akan terasa sama. Itulah lumdah kerja sebagai Life Planner. Kerja tidak tentu masa dan waktu, kejap siang kejap malam. Kehidupan tak seperti sebelum ni selama setahun kerja makan gaji. Hidup kena move on sampai bila perlu ikut time orang kan?.
Sejak bermula dengan Life Planner AIA, dalam fikiran aku hanya satu sahaja "Boleh kaya dan berduit" dengan insurans/takaful ni. Tetapi setelah berbulan2 dalam industri ni, baru aku tahu dunia takaful ni sebenarnya dunia membantu @ menolong orang. Bak kata pepatah "sediakan payung sebelum hujan". Setiap hari makin semangat aku nak lakukan kerja ni. Walaupun byk rejection, aku tetap terus melakukan yang terbaik. Sebabnya aku faham, dunia takaful ni penuh dengan rejection oleh kerana orang diluar sana banyak belum sedar kepentingan takaful dalam kehidupan mereka.
Dari hari ke hari, Bulan ke bulan aku semakin kuat ingin teruskan dalam dunia takaful ni. Sebab setiap kali aku berjumpa client, pelbagai cerita di sebalik kehidupan mereka. Yang yg cerita sahabat2 mereka sudah terkena penyakit yg sukar dirawat dan menelan kos tinggi. MasyaAllah. Aku pun tidak dapat nak bantu jika keadaan sedemikian sudah berlaku. Aku hanya dapat berdoa agar kesembuhan dan dipermudahkan oleh Allah. Apa yang aku boleh tolong sekarang, hanyalah mencari dan menerangkan kepentingan takaful kepada sahabat2 ku.
Doakan aku dan isteri supaya dapat menempuh dugaan yang mendatang supaya dapat tabah dalam segala bentuk rintangan dan tentangan yang akan berlaku. Walaupun aku berlajar sampai Masters, aku akan tetap akan teruskan dalam dunia dan industri takaful ini. Insyallah. Aku akan lakukan yang terbaik.