21 December 2008

3 Hari sahaja bekerja? hik2

huhu....Sedih2..
:c
Aku hari ni dah tak bekerja dah kat pustaka union. Huhu.. Napa Erk??
Haha ini adalah disebabkan aku yang degil sangat. Aku di disuruh buat keputusan samaada mahu pergi bekerja di Kangar atau sebaliknya. Keputusannya aku tidak sanggup untuk pergi kesana disebabkan aku tidak mahu pergi jauh daripada keluarga. Cewah2. "Jiwang lar plak".
Ala cuba kau bayangkan lah kedai buku kat Kangar tuh jauh jadi aku kena tunggu di pustaka union lebih kurang pukul 7.30. Sebabnya kedai disana akan buka pada pukul 9 am, jadi aku kena pergi awal lah. Kalau masa balik la agak-agak kedai tuh tutup pukul 8.30 p.m,aku nak sampai umah pukul brapa lak??..lebih baik aku menetap terus kat sana. Tambahan pula mungkin aku kena pergi dengan kak yang tak "BERSELERA" dan aku phobia dengan kereta unser maklumlah "UNSERPHOBIA" haha. Kalau nak tau kenapa tanya lah zahin kawan aku tuh dia tau kenapa di panggil UNSERPHOBIA. Lagi pedih bila aku tanya sampai bila aku nak kerja kat situ(Kangar), tokey dia cakap sampai bila-bila lah.. Adeh..MAmpus juga......
Lantas aku pon bagi alasan yang sepupu aku nak kahwin.Hik2.Aku bohong je kat tokey tuh.Ala bohong sunat.Sebenarnya aku nak pi berehat dan ayah aku ada meeting dekat Kuala Lumpur. AMARAN:Jangan bagitau kat Kak Rose taw.
Aku pun mengambil keputusan agar tidak meneruskan lagi kerja tersebut dan dia bayar gaji..haha.