Erm aku teringin nak cita pasal minggu ini..
Pada hari selasa lepas aku pergi ke Ipoh sebab aku nak buat asignment Building Service. Aku ajak la group aku tapi malangnya tidak ada sesiapa pon berminat..huhuu…Asignment group tp takda kerjasama…hurmm…
Takpa la aku pun jalan kaki keluar kampus, kemudian aku call kereta sewa dan pergi la sewa berseorangan. Aku drive la kereta tu, kemudian bila sampai masa aku nak isi minyak, aku tersedar yang seluar aku koyak.
AdduhHHHHH……
Kemudian aku pergi Tesco Batu Bajah sebab nak beli seluar yang baru, tak kan nak pergi jumpa orang dengan seluar koyak. Haha.
Erm..malangnya di tesco tak ada seluar yang bersesuaian, kemudian aku drive ke medan gopeng aku tahu dekat situ ada The Store. Kat situ ada la tapi masa tu dah pukul 12 lebih dah. Aku takut lewat nanti. Aku pilih kemudian potong sikit kat bahagian yang labuh tu. Setersnya aku terus ke JKR berdekatan Medan Kit tapi area tu bukan JKR Banggunan tapi Mekanikal. Aku pun masuk la ke dalam, kemudian tanya pengawal tuh. Dia cakap betul la tempat ni, dan dia suruh pergi ke bahagian projek. Masa aku sampai ja di kaunter. Aku tanya la kat kaunter tuh, dimana bahagian projek. Dia cakap tak tau dan tunduk seolah-olah malu kat aku,..hahah…aku pun senyum la..kalau dah tak tahu, so jangan duduk di kaunter. Duduk la di stor ka apa ka.
Huihhhhh….erm…….kemudian aku naik atas pun dia cakap, disini JKR makanikal bukan awam. Then dia bagitau aku yang sebetulnya di Bersebelahan Banggunan SUK(Setiausaha Kerajaan), aku pun pergi la. Masuk terus ja, pak guard tak da..hahaha…
Aku masuk terus ke tinggat 5 bahagian arkitek. Punya nak jadi cerita, Bahagian arkitek ada majlis Hari Raya, kemuadian aku di jemput la sekali. Aku pun join la, tapi aku masuk sekejap ja sebab aku takut tak ada masa nanti. Aku pun keluar dengan kereta kemudian ternampak la signboard JKR daerah Kinta. Masa aku parking nak masuk pejabat ada pengawal tanya aku nak pi mana, aku cakap la nak buat asignment aku kan , kemuadian dia minta surat dari UITM..Then aku cakap la tak ada, dia kata tak boleh masuk terus macm tu ja. Tapi dalam masa yang sama dia fokus kat kawan dia, motor kawan dia rosak, so dia tengah nak tolak la motor tuh..tapi dia tolak tak jalan moto tuh…..kemudian aku cakap boleh saya tolong??...dia cakap ya..then aku tolong tolak la motor tuh..hahahaa….aku tolak punya tolak motor tuh boleh jalan dah…kemudian apa lagi aku terus masuk la kedalam…lepas la aku dari pengawal tuh..hahahaa…idea2222…ahahhahaha..erm..aku masuk ke bahagian Banggunan Persekutuan, Aku masuk direct ke Jurutera kat situ..Aku cakap ala aku nak buat asignment la, apa la. Kemudian dia pun bagi drawing..aku terus ke kuar dan photostat drawing tuh..mahal gak..banyak..hahah..
Ermmm…pada petangnya aku bagi balik drawing tuh..dan sebelum balik tuh aku ada bersembang dengan jurutera tu mengenai kerjayanya…dia pun cerita la panjang lebar..haha..kemudian aku terus bergegas balik ke u semula kerana mengejar kelas petang..tapi aku tak sempat..aku pun direct balik bilik dan bersiap2 ke Koko- boling pula….Memang penat hari tuh…huhhhhhhhh….

