17 May 2014
Tahun akhir memang mencabar. Sabar dan berserah. Insyaallah
10 May 2014
Task before 2nd break
- ECO 04 - Submit report ECA (Elemental Cost Analysis)
- ECO 05 - Submit Report Case Study + Video
- BS - Air Conditioning system
- CONS - Railways.
- APPLIED - Finished report & BQ
- THESIS - Interim Report
09 May 2014
Inside & Outsite is not the same. It reality!
Sekarang aku terasa walaupun aku berjalan ke hadapan, tetapi perasaan ku tetap tunduk kebawah. Ianya seakan-akan redha dengan ketentuan yang diselami selama ini. Allahuakbar. Setiap kali manusia memandang aku dengan rasa hormat,tapi dalam diri aku masih ada sifat kesengsaraan dimana masalah tetap ada walaupun aku masih tersenyum. Aku pasrah dan aku yakin Allah tidak pernah tinggalkan aku, tetapi aku sahaja kadang-kala melupakannya. Setiap doa beriringan dengan permintaan, setiap permintaan diiringi dengan keikhlasan. Insyaallah. Allah Maha Mendengar.
Ya seperti orang luar berkata rezeki ada dimana-mana. Tetapi dimana-mana tu dimana? harapan aku agar kita semua mudah mencari rezeki terutama mencari reki yang halal.Insyallah.
27 December 2013
Study Week memenatkan.
Salam. Seperti biasa nali akan post pasal study lagi. Minggu ni adalah minggu "Study Week" so apa yg harus lakukan. Haha. Kemarin baru ja balik dari Melaka. Ada kenduri saudara disana, bawa habis semua nota ke sana, tapi malangnya semua hanyalah hiasan semata2. Sebab dah ramai saudara takkan nak study kot. Mestila menyembang sana-sini.
Okay lah. Sekarang dah balik Shah Alam dan nak sambunh study balik. Mood sedang terumbang-ambing sudaaa... tapi tu la nali tak suka study ramai2. Takut pening. Haha. Dulu tak apa la ada kawan Ainna, Zana, Keyya, Zu dan lain2. Best study. Tapi sekarang dah berbeza, so kenalah study sendirian berhad.haha.
Okay lah nak sambung study dulu. Wish me luck.
P/s: saja try guna nama "Nali" nampak mcm pelik ja kalau guna "Aku"
25 November 2013
Boleh ke beli kebahagian?
Kebahagiaan. Semua orang mahu kebahagian. Kebahagian macam mana yang anda mahu?.
Memang betul ungkapan "Kebahagian tidak boleh dibeli". Tapi jangan terlalu percaya sebab kekadang kebahagian itu boleh dibeli dengan cara yang betul. Insyallah.
Alhamdulillah sekarang naz dah boleh terima keadaan di Shah Alam. Di kota seperti Shah Alam ini, Semua benda perlukan duit. Pergi kelas, makan, assignment, hiburan, sewa rumah, parking dan sebagainya. Sejak tinggal disini banyak benda Naz buat, Sekarang dah buka servis kereta sewa Nazim Trading (www.nazim.com.my). Sedikit sebanyak, hasil pulangan alhamdulillah berjalan dengan lancar. Segala urusan sewaan Naz dapat urus dengan teratur, Rezeki Allah S.W.T. Setiap keuntungan akan disimpan dan akan digunakan untuk bisnes yang lain. Insyallah.
Setakat sekarang, Naz masih boleh handle semua antara pelajaran dan bisnes. Selari la katakan. hehe. Duit yang terkumpul setiap bulan akan di bahagikan setiap akaun seperti Akaun kereta, ASB Loan, Akaun rumah, Bil telefon dan lain. Insyaallah, jika semua berjalan dengan lancar. Tahun 2031 (Umur 40) akan mencapai 1juta dalam akaun. Insyaallah. Amin.
P/S : Takziah kepada keluarga sahabat baik saya AHMAD ZAHIN, diatas pemergian bapanya Tn Hj Afrar Ahmad akibat kemalangan jalanraya. Sama-samalah kita sedekah Al-Fatihah.
Salam Naz
09 June 2013
Sudah hampir dipenghujung semester
14 April 2013
Sudah sebulan di S. Alam
Salam, saja nk sembang luahan perasaan. Haha. Dah sebulan saya di UiTM Shah Alam. Banyak yg baru aku kena belajar terutamanya dari segi kewangan. Bulan apa kos sara hidup di sini agak tinggi berbanding di Seri Iskandar. Di sana dalam RM 10 sehari dah memadai.
Tapi di sini RM17 sehari hampir sekali ganda di sana. Apa2 pun aku try berjimat cermat, tapi dalam masa yang sama, aku sedikit boros terutama ada sales or makan ditempat mahal2. Mybe culture shock tp lama kelamaan aku akan try kurang kan. Hehe. Oright. Itu sahaja nak bagitau. Sbb hanya blog sahaja boleh menyimpan perasaan di hati aku ini. Wakakakakaa. Oright salam tunggu post yg akan datang. Nak sambung study LAW n Mandarin ni. K bye salam.
23 March 2013
Sedikit dari UiTM Shah Alam
Aku tak nak cita panjang, dan tak nak cita pendek. Just nak bagi tahu, aku dah sampai UiTM Shah Alam.
Cita-cita pada masa dahulu nak ke menara gading sudah tercapai kerana aku sudah pun sampai ke menara SAAS (Sultan Abdul Aziz Shah) haha. Akhirnya aku sudah sambung belajar Sarjana Muda Ukur Bahan Kepujian.
| Di Airport Sultan Ismail Petra, Kelantan |
| GPS dari atas flight average speed dalam 500 KM/Sejam |
Okay. back to study. This is the first semester in degree so, i'm wanna try the best for the best result. I'll learn from the past mistake. It hurt when you start work in diploma's . A lot of work to do and learn. For now i'm focus more on study. Learn and learn as much as you can. This 2 year i'll be more hardworking. Insyallah. Thanks Allah.
| Shushi King Time |
01 March 2013
Enjoy dulu sebelum masuk study. ;-)
Lani aku dah bersiap2 nak ke UiTM Shah Alam. Akhirnya dapat jugak offer degree Ukur Bahan di SA. Tak tau la apa rasanya di tempat baru ni. Orang lain smangat ja nak pi Shah Alam. Tapi aku kurang sikit sbb minggu pertama dah plan nak ponteng dah. Haha.. Biasa laa. Aku sikit pun tak terasa apa2 pasal study ni.
Apa2 pun aku relax dulu, mai KL pun dengan abah. Hurmm . Awainyaaa....
Tak pa la. jommm zzzz
28 September 2012
Dinner Qs Sept 2012
Pada 16 Sept 2012 Persatuan Ukur Bahan (Perubahan) telah mengadakan majlis makan malam (Dinner). Dinner tersebut bertemakan ( Vintage ) bertempat di TowerRegency Hotel Ipoh. Aku mana la nak ada baju jenis vintage2 ni. So cari la kat kedai jenis "vintage". Boleh tahan la harga dia, tak la mahal sangat. Area bandar U jugak la, tak larat la nak cari sampai UniqLo KL tu. Kat sini pun ada. Haha.Hope Faham. Plan awal2 pergi sana pukul 5 lebih, tup2 jadi pukul 6.30ptg. Ni semua gara2 Aina dgn Zana terlebih make up biasa la perempuan sejam dua baru berbaloi kannn. So aku drive ke sana guna kereta sewa ustaz RM 60/setengah hari. Dalam perjalanan tu, berhenti la singgah rumah Zu( Zubaidah) kat area Ipoh sebab nak sembahyang maghrib. Selepas sembahyang borak2 dengan kakak dia jap then terus ke TowerRegency Hotel. Senang ja nak pergi kesana.
| Tuan Sr Haji Rosli (My KP/ My lecturer) |
Dinner tu bermula dengan ucapan Tuan Haji Rosli (KP QS) dan seterusnya persembahan perarakan masuk makanan. Dan terus makan sambil di dendangkan lagi dan persembahan budak2 QS. Makanan aku boleh bagi rating dalam 4/10. Makanan tak sedap dan bukan apa yang di bayangkan. So far tak apa la sebab ni final year. So aku terima ja la. ok. Selepas makan masa nak bersurai ada sesi bergambar. Yang best sekali boleh bergambar beramai2 untuk part 6, Budak2 yang mampu stay sampai part 6 sebab yang lain kecundang di tengah jalan. Kemudian ramai2 bergambar bersama member dan rakan2. Biasa la dah pakai cantik2 takkan tak bergambar kan. Nasib baik aku pula bawak DSLR. Cun sikit gambar tu. Hehe. Tgk kat bawah aku attacthkan.
Ok thats oll 4 today. Semua pasal Dinner QS, So tunggu next post insyaallah Dinner PraGraduan UiTM Perak.
| Pak Lah (Dia pangil aku BOB) |
| Classmate Lelaki |
| Rakan seperjuangan (Study Skali, yg tengah tu tulisan cun) |
| Ni bukan aku punya, dia tinggi. Lawa kan? |
| Ku Asyraf (lecture dulu dia praktikal kat tmpat aku) |
| Ni aku, sapa tak kenal mmg paria. |
| Part 6 batch Sept 12 |
| Ni time dah nak balik daa.. |
| with jali, arif, dan abe |
| Perut aku buncit la pulak Ahhahaha |
12 September 2012
Selesai Final Project
Nasib baik la aku bawak camera, boleh snap sana sini. Pada awalnya2 aku tak mau bawak sebab menyemak ja. Bila bawa pulak ramai yang guna. haha. bagus juga tu.
Masa awal2 present tu agak nervous jugak (dub...dabb), tapi bila tengah2 tu dah rasa confident alhamdulillah dapat tenangkan diri. hehe. Bila selesai ja present rasa ringan sikit beban di kepala. Hanya tunggu minggu depan Viva (Measurement & Civil) selepas tu kepala terus kena dikosongkan. HAHA. dan kena penuhkan dengan strategi menjawab peperiksaan. Yes. FINAL beb. Ni la yang menentukan masa masa depan Dip aku. Kalau tak lepas nampaknya 2014 la aku kena sambung study. Sebab terlepas intake. Aku still nak ambil QS, Taknak ambil yang lain sebab takmau rugi masa. Insyaallah akan aku buat yang terbaik. Nak hadiahkan Dip aku kat mama dan abah. Hehe.
Ok daaa ~
13 June 2012
Final Semester
Alhamdulillah, Sekarang sudah sampai di UiTM Perak. Banyak juga perubahan yang berlaku disini. Terutamanya sekarang sudah ada Tesco, Mudah untuk beli barang-barang murah (tp tak la murah sangat). CoolBlog pun ada, sampai sakit tekak aku ni, hari-hari beli CoolBlog.
Buat masa ni, kelas agak sesak juga jadualnya. Hari Isnin, Selasa, Khamis agak full la. Yang bestnya hari rabu tak ada kelas langsung. Lega jugak laa. Tapi sem last ni, banyak lecture2 tegas tp jangan risau kita perlu hadapi juga walau apa pun tugas yang diberi.
Dalam masa yang sama biz online tetap berjalan supaya aku perlu selari dengan belajar. Tetapi mungkin slow sikit la sebab nak fokus final sem. Sibuk nanti takut tak sempat. E-Book yang tengah tulis pun baru 50% siap. Banyak lagi elemen-elemen perlu dibuat supaya pembaca boleh memahami step by step. Tak apa yang penting buat sampai siap. ahha.
So far, lani aku tinggal di Taman Maju, Bandar Universiti. Rumah alhamdulillah semuanya ok. Yang bestnya tinggal 2 orang. Terasa macam rumah sendiri pula, TV 24 jam buka. ahhaa..
12 August 2011
Time sem last2, baru dia muncul. Tak sempat nak rasa.
![]() |
| Model SIBC |
Tesco, McDonald's, Kenny Rogers, Pasaraya Billion, Pacific Bowling dan panggung wayang Lotus Five Star(BIG CINEMA) ??. Bukan nak bangga la, tapi takda masa nak merasa dah. Time aku tahun akhir ni la macam-macam nak buat. Buat sakit hati ja, dok terbayang la nantikan mesti ramai student tengok wayang kat sini, bila tension sikit pi tengok wayang. Bila rasa nak lepas geram sikit mesti main boling. haha.
Yang lebih penting, aku ada terbaca petikan akhbar Utusan ''Ahli-ahli persatuan ( Persatuan Peniaga Nilai 3) telah membeli sebanyak 222 unit rumah kedai dua tingkat dan tiga tingkat bernilai lebih RM200 juta di SIBC untuk mewujudkan sebuah pasar borong bagi wilayah utara,'' katanya." Fuhh gila dia nk buat konsep macam Nilai 3. Memang hebat la. Selepas ni kos sara hidup di Seri Iskandar memang tinggi la.
Kalau kita pejam mata pun kita pun boleh tau yang kawasan ni akan maju, sebabnya syarikat besar-besar dah setuju akan memulakan perniagaannya macam Tesco, McD dan lain-lain. Tapi insyaallah kalau ada rezeki boleh sambung ijazah kat sini. Dah rasa mcm rugi bila sambung kat Shah Alam.
P/S: Buat masa sekarang, Secret Recipe dan Al-ikhsan dah siap dah. Lepas ni macam-macam lagi.
![]() |
| Panggung Wayang |
![]() |
| McD |
![]() |
| Pemborong |
![]() |
| Hotel |
09 August 2011
Henset nokia ni ja
![]() |
| Nokia 263 |
![]() |
| Nokia 1202 |





















