Pada hujung minggu (KEDAH - Jumaat & Sabtu), aku kena KL sebab ada meeting. Dalam masa yang sama aku kena pi buka akaun syarikat disana. Semua dokumen sudah siap, last2 tak boleh buat sebab alamat syarikat tu di kedah. Terpaksa la buat di Kedah nanti. Hari sabtu pula sebelum nak balik Alor Setar pi la KL Vintage Festival (Belakang Restoran Pelita Jalan Ampang). Ramai juga pengunjung di sana, aku ingatkan tak ada orang. Semua barang2 ala2 lama2. Nak Masuk kena bayar RM 1. Ok gak arr. Best!
.JPG)
Kemudian selepas tu, dalam pukul 2 lebih aku ke Istana Negara (Lama). Ada Pameran Raja Kita. Kat sini pun ramai jugak orang yang mai. First impression aku, aku dok ingat dalam Istana ni canggih dan terbaru. Rupa2nya tak, Konsep Lama (mcm zaman dulu) sebab itu la terbinanya Istana Baru di Jalan Duta. Pameran di sediakan kat dalam dewan. Banyak yang ada seperti Pakaian Sultan Kedah & Sultanah, Koleksi Jam Tangan Tuanku, Pelbagai Jenis Kamera, Kad Pengenalan, Lesen Memandu, Passport, Jenis2 Pingat Kebesaran, Cop Mohor Diraja dan macam2 lagi ada. Rugi la kalau sapa tak pi sana sebab kalau nak dapat pingat sekalipun kita kena pi di Istana Jalan Duta bukan macam dulu kat sini. Apa-apa pun aku puas hati pi sana walaupun cuti hujung minggu tak dapat bersama keluarga. Ok daaa~
 |
| Saya hanya pelawat ( Bukan Kerabat) |
 |
| Koleksi Jam Tangan Tuanku |
 |
| Cop Mohor dan Alat Kebesaran |
|
 |
| Daftar Pelawat |
 |
| Passport Tuanku dan Kad Pengenalan Sultanah |