13 June 2012

Final Semester


Alhamdulillah, Sekarang sudah sampai di UiTM Perak. Banyak juga perubahan yang berlaku disini. Terutamanya sekarang sudah ada Tesco, Mudah untuk beli barang-barang murah (tp tak la murah sangat). CoolBlog pun ada, sampai sakit tekak aku ni, hari-hari beli CoolBlog.

Buat masa ni, kelas agak sesak juga jadualnya. Hari Isnin, Selasa, Khamis agak full la. Yang bestnya hari rabu tak ada kelas langsung. Lega jugak laa. Tapi sem last ni, banyak lecture2 tegas tp jangan risau kita perlu hadapi juga walau apa pun tugas yang diberi. 

Dalam masa yang sama biz online tetap berjalan supaya aku perlu selari dengan belajar. Tetapi mungkin slow sikit la sebab nak fokus final sem. Sibuk nanti takut tak sempat. E-Book yang tengah tulis pun baru 50% siap. Banyak lagi elemen-elemen perlu dibuat supaya pembaca boleh memahami step by step.  Tak apa yang penting buat sampai siap. ahha.

So far, lani aku tinggal di Taman Maju, Bandar Universiti. Rumah alhamdulillah semuanya ok. Yang bestnya tinggal 2 orang. Terasa macam rumah sendiri pula, TV 24 jam buka. ahhaa..