12 September 2012

Selesai Final Project

Untuk pengetahuan, gua sudah selesai Final Presentation projek. Fuh ada la beberapa soalan yang ditanya akhirnya kami dapat selesai semua. Amin. Pada awal pagi dah kena berkumpul di perkarangan DSG (Depan Kelas). Kemudian ada taklimat dan sarapan pagi sebelum bermulanya presentation. Group kami group yang ke 5. Alhamdulillah tak la awal sangat dan tak la lewat sangat. Boleh la usha2 group lain dahulu.  :-) .


Nasib baik la aku bawak camera, boleh snap sana sini. Pada awalnya2 aku tak mau bawak sebab menyemak ja. Bila bawa pulak ramai yang guna. haha. bagus juga tu.

Masa awal2 present tu agak nervous jugak (dub...dabb), tapi bila tengah2 tu dah rasa confident alhamdulillah dapat tenangkan diri. hehe.  Bila selesai ja present rasa ringan sikit beban di kepala. Hanya tunggu minggu depan Viva (Measurement & Civil) selepas tu kepala terus kena dikosongkan. HAHA. dan kena penuhkan dengan strategi menjawab peperiksaan. Yes. FINAL beb. Ni la yang menentukan masa masa depan Dip aku. Kalau tak lepas nampaknya 2014 la aku kena sambung study. Sebab terlepas intake. Aku still nak ambil QS, Taknak ambil yang lain sebab takmau rugi masa.  Insyaallah akan aku buat yang terbaik. Nak hadiahkan Dip aku kat mama dan abah. Hehe.


Ok daaa ~