25 November 2013

Boleh ke beli kebahagian?


Kebahagiaan. Semua orang mahu kebahagian. Kebahagian macam mana yang anda mahu?.
Memang betul ungkapan "Kebahagian tidak boleh dibeli". Tapi jangan terlalu percaya sebab kekadang kebahagian itu boleh dibeli dengan cara yang betul. Insyallah.

Alhamdulillah sekarang naz dah boleh terima keadaan di Shah Alam. Di kota seperti Shah Alam ini, Semua benda perlukan duit. Pergi kelas, makan, assignment, hiburan, sewa rumah, parking dan sebagainya. Sejak tinggal disini banyak benda Naz buat, Sekarang dah buka servis kereta sewa Nazim Trading (www.nazim.com.my). Sedikit sebanyak, hasil pulangan alhamdulillah berjalan dengan lancar. Segala urusan sewaan Naz dapat urus dengan teratur, Rezeki Allah S.W.T. Setiap keuntungan akan disimpan dan akan digunakan untuk bisnes yang lain. Insyallah.

Setakat sekarang, Naz masih boleh handle semua antara pelajaran dan bisnes. Selari la katakan. hehe. Duit yang terkumpul setiap bulan akan di bahagikan setiap akaun seperti Akaun kereta, ASB Loan, Akaun rumah, Bil telefon dan lain. Insyaallah, jika semua berjalan dengan lancar. Tahun 2031 (Umur 40) akan mencapai 1juta dalam akaun. Insyaallah. Amin.

P/S : Takziah kepada keluarga sahabat baik saya AHMAD ZAHIN, diatas pemergian bapanya Tn Hj Afrar Ahmad akibat kemalangan jalanraya. Sama-samalah kita sedekah Al-Fatihah.

Salam Naz