Aku akui bahawa orang yang rajin atau selalu online IG/FB/Twitter ni sebenarnya dia tiada kawan. Dia merasa dirinya banyak kawan, Padahal kawan dalam media sosial ni bukannya yang sebenar. Ada faham? Aku cakap begini bersebab, salah satu faktornya ditegur/disapa oleh seorang pensyarah saya. Bahawa kita dalam media sosial merasakan diri ini banyak kawan/sahabat, tapi pada hakikatnya tidak. Ini kerana kita menyangka semua "friends" dalam social media itu adalah kawan kita. Walhal itu hanyalah satu perhubungan yang terjalin antara media sosial tetapi selalunya ianya bukan realiti. Setiap masa kita akan update dan share kepada semua rakan media sosial kerana ingin berkongsi kehidupan bersama rakan-rakan. Dan apabila gambar di upload di internet, dari minit ke minit, dari jam ke jam jumlah likes bertambah banyak, kita akan syok sendiri disebabkan ramai orang suka gambar itu. Secara tidak langsung kita telah mengabaikan kawan/sahabat disekeliling kerana lebih cenderong dengan media sosial. Sebab itu pentingnya kita memahami apa itu media sosial. Jangan terlalu ghairah dengan social media. Fokus realiti jangan fokus fantasi.
