Assalamualaikum, Dah lama dah tak update blog ni. Harini baru publickan blog. Last aku update blog pada 27 May 2014 (697 hari). Welcome back. haha. Rasa kekok nak taip karangan berjela2. 5-6 tahun dulu, memang sakan la sebab time budak2. Bagi aku la blog ni penting untuk kita recall balik apa memori dan apa kisah silam kita secara tidak langsung kita dapat memperbaiki kelemahan diri kita sendiri. Bila throwback balik semua post-post diblog aku ni. Sebenarnya blogging ini adalah seperti kita merekodkan perjalanan hidup kita. Siapa kita dulu tidak penting, yang penting adalah siapa kita sekarang. Sekali lagi insyallah aku akan try update blog ni secara konsistan. Bukan untuk tatapan umum, tetapi untuk tatapanaku sendiri. Mana la nak tahu satu masa nanti anak-anak aku dapat baca apa yang aku tulis hari ini.
Untuk pengetahuan, Hari ini adalah hari terakhir aku bekerja sebagai QS. Aku sebenarnya mahu keluar dari kehidupan QS. Aku mahu teruskan hidup berbisnes. Itulah cita-cita aku sebenarnya. Dalam masa yang sama aku dah mula berlajar ilmu insurans. Banyak benda lagi aku perlu belajar, nak kaya tu bukan susah, cuma kita perlu konsistan dan komited untuk belajar. Aku akan buktikan yang cita-cita aku bukan hanya khayalan ataupun coretan semata-mata. Aku mahu buktikan yang aku juga boleh sama seperti orang lain yang tidak bergantung pada gaji bulana semata-mata.
Lastt, 28/05/16 ada majlis yang ditunggu-tunggu oleh aku sendiri. hahahaha.. ok lah bye...