Apa yang semua orang lihat sebenarnya bukan reality bagi aku. Hanya aku sendiri yang tahu masalah itu dan hanya aku sendiri boleh selesaikannya. Aku tahu aku tidak kuat tapi insyallah akan akan cuba selesaikan masalah ni dengan segera. hurm. Sememangnya masalah ni berpunca daripada masalah kewangan. Wang...Wang...Wang..... itulah persoalannya. Wang bukanlah segala-galanya tapi segala-galanya perlukan wang. Aku selalu lihat ramai diluar sana sibuk mencari wang. Tatkala aku disini masih memerlukan wang tapi ada yang lebih penting lagi iaitu pembelajaran. Aku sangat respect orang pandai mencari wang masa masa muda. Hebat. Aku masih mencari-cari apakah ada lagi ruang untuk aku bertapak dalam industri perniagaan.
Sekarang aku terasa walaupun aku berjalan ke hadapan, tetapi perasaan ku tetap tunduk kebawah. Ianya seakan-akan redha dengan ketentuan yang diselami selama ini. Allahuakbar. Setiap kali manusia memandang aku dengan rasa hormat,tapi dalam diri aku masih ada sifat kesengsaraan dimana masalah tetap ada walaupun aku masih tersenyum. Aku pasrah dan aku yakin Allah tidak pernah tinggalkan aku, tetapi aku sahaja kadang-kala melupakannya. Setiap doa beriringan dengan permintaan, setiap permintaan diiringi dengan keikhlasan. Insyaallah. Allah Maha Mendengar.
Ya seperti orang luar berkata rezeki ada dimana-mana. Tetapi dimana-mana tu dimana? harapan aku agar kita semua mudah mencari rezeki terutama mencari reki yang halal.Insyallah.

