Jumaat pagi awal2 dah pergi ke Majlis Perbandaran Kajang untuk buat assignment Ekonomi. Lepas balik terus solat jumaat dan pukul 4 petang terus jumpa supervisor iaitu Prof. Madya Sr. Halim (en. Halim). Selepas jumpa lecturer terus balik rumah dan terus rehat. Mau tak rehat sebab dah tak tido berjam2. Ni kira nak qad'a balik la. Hahaa..
Soal joging, dah seminggu aku tak berjoging sebab jadual harian yang sangat pack. Serious padat gila. Rasanya next week pun tak sempat nak turun jogging. Badan pun dah mula naik dah. Haha.. Mau tak naik, bila tension makan banyak pulak tu. Memang kaww la. Bila dah tak joging badan pun rasa letih dan lesu. Aduhai. Hari2 berharap untuk jog tp tak kesampaian.
Soal next week, next week akan ada cuti selama seminggu. Tiket dah beli, tapi masalahnya ada org dah book aku dah. So balik kedah pun ada still ada keja, even cuti tu lebih kepada study week. Pening juga nak fikirkannya. Letih...... Letih....... Letih...... Aduhaii...
P/S: Berat badan dah turun 10kg. Tapi bila dah kurang joging ni. Agak2 berapa ya? Hahaa
