22 May 2016

Minggu terakhir menyelesaikan barang keperluan.

Salam Blogger. 

Just nak cerita tentang hari ni. Alhamdulillah segala keperluan untuk majlis sudah hampir selesai. Harini tengahari keluar makan area foodcourt PJ. Kemudian terus pergi ambil barang2 goodies sponsor untuk majlis 28mei ni. Selepas tu hantar barang2 ke rumah suria kinrara dan aku terus pi ke IOI Puchong untuk tengok sales Padini. Not Bad. Ramai gila. Nasib baik tak dan nak beli apa2. Hahhaa. Selepas tu terus ke KL untuk ambil baju tempahan fiza. Maklum la byk kali alter, sebab dia ni perfectionist. Hahaha. Bila dia dah selesa, baru la lega. Kalau tak, rasanya bermalam dekat umah tailor tu. Haha. 😆

Selesai saja pasal baju, terus ke One Utama untuk cari cincin dan singlet aku. Alhamdulillah dua2 dapat cari serentak. 
Kiranya dah setel lah. Benda yang penting2 dah setel. Kemudian malam dinner burger daging special + keju. 😆. Menambah berat badan ja. Hahahaa..

So that all for today. Jumpa esok..