Harini aku nak update sikit saja, 28/05/16 majlis akad nikah aku di Masjid Zahir, Alor Setar. InsyAllah diharapkan supaya dapat berjalan dengan lancar. Hanya tinggal lagi seminggu. Baju Nikah, Baju kenduri dah siap. Hanya tengah mencari album untuk letakkan duit mas kawin je. Yang lain lain sudah siap.
So, Ahad ni ada XM Seminar di Hotel Sheraton. Kemudian kerja 2 hari terus balik ke Alor Setar.
Ya Allah macam tak percaya dah nak nikah. Hidup mesti diteruskan, Bagi aku perkahwinan itu wajib. Sudah 7 tahun aku lalui semua ni. Tak kan nk end up macam tu sahaja. Aku percaya Allah akan beri rezeki yang lebih jika aku berhajat untuk berkahwin. Dan sekarang Allah dah bagi jalan yang terbaik dan mudah untuk aku meneruskan perkahwinan ini. Pada awalnya agak susah sebab banyak benda perlu diselesaikan, tetapi bila aku kuatkan semangat dan move to the next step. Memang Allah permudahkan. Aku tidak inginkan mahligai yang indah, cuma aku mahukan kehidupan yang indah selepas kahwin. InsyaAllah semoga dipermudahkan.
InsyaAllah akan akan mempertahankan bakal rumahtangga aku dengan sepenuhnya. Nak jadi pemimpin lah katakan. Hahaa. Apa-apa pun nanti lepas kahwin nk kena minta tips daripada Abah macam mana dia urus rumah tangga kami selama ini. Dari dulu sampai sekarang bahagia sentiasa. Tidak pernah ada goyah. Aku cukup takut bila dapat tahu ada keluarga yang terdekat bergoyang sana sini. InsyaAllah akan akan cuba bina rumah tangga yang bahagia. Amin. Dan untuk makluman, Hujung bulan ini adalah cukup setahun aku kerja dalam bidang QS. Aku akan cuba kuatkan diri aku untuk mengubah dan mencari haluan aku sendiri. Impian mama aku mahu aku jadi seorang QS dah tercapai selama setahun ini. Sebab itu aku rasa aku mahu fokus untuk mencari minat aku yang sebenar. Dalam masa yang sama, Bakal isteri aku sudah dapat tawaran kerja dengan jabatan kerajaan. Ini mungkin rezeki nak kahwin. Sebab tu aku selalu percaya dengan tawaran dan janji Allah. Kita kena selalu ingat kepadanya.
Sekian.